.jpg)
Tanggal 1 Julai 2006, aku sudah tidak sabar-sabar ingin melihat dunia fana ini. Aku semakin kuat menekan keluar dari rahim Ummi walaupun aku sedar betapa perit Ummi menanggung kesakitannya. 2 julai 2006 jam 12.15, semakin kuat ku dengari suara-suara yang meminta Ummiku supaya lebih kuat meneran dan tepat jam 12.33 pagi, 2 Julai 2006 bersamaan 6 Rabiulawal 1427H , aku selamat dilahirkan oleh Ummiku.. Bisikan kalimah Azan dan Iqamah diperdengarkan di kiri dan kanan telingaku mengingatkan kembali kerinduan pada suara itu. Itulah Abiku yang selama ini ku tahu terlalu menanti kehadiranku..
Abi dan Ummi memanjatkan kesyukuran di atas kelahiranku. Terima kasih Abi dan Ummi. Aku diberi nama yang amat unik iaitu Nuur 'Atiiqah Mardhiyyah yang bermaksud 'Cahaya Yang Terpilih Lagi Diredhai'. InsyaALLAH...
No comments:
Post a Comment